SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI KAMI!

Selamat Datang Ke Laman Web Kelas Kemahiran Al-Quran SM Imtiaz Dungun. (Jawatankuasa KKQ SMID)

Friday, 29 March 2013

Lawatan Ke Balai Cerap UniSZA, Setiu

@ Bukit Merong, Setiu

Alhamdulillah, lawatan pertama KKQ berjaya dijalankan. Seramai 26 orang tiba di sana pada pukul 10.15 malam. Kami sangat teruja apabila melihat bulan dan beberapa planet lain menggunakan teleskop buat kali pertama dan berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Wednesday, 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul 1434 H / 2013

" Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyak (dalam masa susah dan senang). "
~ al-Ahzab ayat 21 ~

Thursday, 27 September 2012

Kem Kepimpinan Mengikut Al-Quran 2012

Alhamdulillah.. Program ini dapat dijalankan dengan jayanya pada 23 hingga 25 September. Banyak aktiviti dan motivasi telah diberikan kepada sebahagian pelajar-pelajar Imtiaz Dungun. Semoga program ini dapat memberikan semangat yang tinggi kepada para penghafaz untuk meningkatkan kualiti hafazan mereka.

Friday, 14 September 2012

Bicara Qari Diraja Arab Saudi Ke Imtiaz Dungun

Sheikh Abdul Karim dan rakan-rakannya disambut baik oleh pihak sekolah.

Selamat datang Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki ke SM Imtiaz Dungun. Beliau yang merupakan Qari Diraja Arab Saudi hadir untuk berkongsi ilmu dan menceritakan serba sedikit sejarah hidup beliau. Semoga jaringan ini dapat diteruskan dikemudian hari dan dipereratkan lagi dengan program-program usahasama.

Thursday, 13 September 2012

Ahlan Wasahlan! :D

Assalamualaikum,

Selamat datang ke laman web rasmi Kelas Kemahiran Al-Quran SM Imtiaz Dungun. Blog ini telah dicipta oleh ahli-ahli jawatankuasa KKQ. Harap antum semua dapat kekal "active" di sini. Sekiranya ada cadangan untuk penambah baikan laman web ini, sila contact laman Facebook kami - kkqsmid
   
Abdul Azim Afkar
(Pengerusi KKQ 2012)